CERPEN
SURAT
Oleh: Kamal Haris
ENAM bulan, empat hari. Itulah tempoh yang telah dilalui oleh Farah Anuar dan keluarganya sejak mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan dan kini bertapak di rumah baharu di Shah Alam. Ayah Farah diarahkan untuk berkhidmat di anak syarikat baru di situ, namun bagi Farah, pemindahan ini telah meragut segala kegembiraanya. Segala-galanya di Shah Alam; tidak kira cuacanya, budayanya, malah masyarakatnya di sini begitu tidak disenangi oleh Farah sehingga tidurnya setiap malam tiada yang selesa dan nyenyak.
Farah duduk termenung di atas tetingkap putih biliknya, merenung jauh lapangan hijau yang terbentang luas di hadapan laman rumahnya. Terkenang kehidupannya di Shah Alam, tidak pernah Farah menatap begitu banyak kehijauan meliputi sekitarnya, sebaliknya bangunan mengisi setiap pelosok ruang pandangan. Pandangan Farah melirik ke arah album foto yang dihadiahkan oleh teman akrabnya, Tasya.
Membuka helaian pertama album, titisan jernih mula menyengat matanya. Menatap wajah-wajah yang dirindui menyentap hatinya yang pilu. Riak wajah yang riang, senyuman yang lebar, mata yang galak membalas tatapan Farah mengembalikan nostalgia bersama ketika renungannya berhenti pada kepingan gambar yang diambil bersama Tasya, Fatin dan Nabiha. Senyuman yang terpahat pada wajah masing-masing begitu tulen, begitu asli, tiada yang dapat menggantikan kemesraan dan keakraban yang terjalin. Kenangan Farah kembali berputar menjelajah semula ingatan ketika mereka berempat mula berkenalan sejak bayi lagi, bersama membesar mengharungi pelbagai rintangan dan berkongsi kegembiran serta kedukaan.
“Farah, sayang boleh turun sekejap tak?” suara ibunya memanggil dari tingkat bawah terus mengejutkan Farah dari lamunan nostalgianya.
“Ya, mak,” jawab Farah sambil melawan arus air mata yang sudah bergenang di sudut matanya dan cuba menyembunyikan kepiluan diri di sebalik mata bulatnya.
Sambil menyeka air mata dengan lengan bajunya, Farah bangun melangkah turun dari tetingkap dan menolak album foto dari pangkuannya ke tepi. Pada saat itu, kelihatan sepucuk sampul surat bewarna krim terjenguk keluar dari dalam album foto itu. Belum sempat melihatnya dengan lebih teliti, ibunya memanggil lagi dan dengan pantas Farah menyimpan sampul tersebut ke dalam poket belakang seluar sambil mengingatkan diri untuk membacanya selepas ini, kemudian terus mengatur langkah untuk turun ke tingkat bawah.
Tiba di tingkat bawah rumah, dilihat ibunya sedang duduk lengang pada sofa baru membaca majalah kegemarannya. Bingkai cermin mata yang agak besar terletak pada hujung hidung yang genit, dengan perlahan-lahan dan berhati-hati mengalihkan halaman yang agak lusuh itu, ibunya tekun membaca majalah tersebut.
“Oh, dah turun pun sayang,” kata ibunya sambil mengenepikan majalah yang dibacanya itu ketika sedar Farah sudah muncul di depan. “Apa yang sayang tengah buat tu?”
“Tak ada apa-apa,” Farah membalas dengan nada yang lembut merenung lantai yang berkilat baru itu.
“Malam ni malam minggu, sayang tak ada aktiviti ke? “ kalau Farah tak ada aktiviti, mama ingat nak ajak Farah keluar makan”, kata ibunya sambil menukar siaran di televisyen.
Farah sekali lagi termenung hilang dalam fikiran dirinya, bermonolog sendirian, “Hurm…terlupa pula malam ni malam minggu,” Kenangan kembali berlegar dalam mindanya. Dahulu ketika di Kota Bharu, setiap kali malam minggu pasti Farah dan teman-temannya sudah keluar bersama bersuka ria. Namun kini, malam minggu tidak lagi semeriah seperti dulu, tiada lagi teman-teman disisi hanya kesunyian merantai diri.
“Tak ada,” akhirnya Farah menjawab tersedar dari lamunannya, “Rasanya Farah duduk kat rumah je kot. Mungkin layan filem atau cerita drama untuk malam ni.”
“Apa kata sayang pergi bersiap-siap nanti boleh ikut mama keluar kita pergi makan dengan kawan mama, boleh sayang berkenalan dengan anak-anak kawan mama sekali,” pinta ibunya.
“Tak mengapa la mama, Farah ingat nak bawa Mokis keluar bersiar-siar kat taman”. Dah lama Mokis tak keluar bersiar-siar, boleh juga Farah menghirup udara segar dan melawat di sekitar sini.”
Ibunya kemudian bangun dari tempat duduknya menuju ke dapur untuk membuat persiapan untuk malam nanti sambil berkata, “Rantai Mokis ada dalam bilik stor! Cepat bawa dia keluar berjalan.”
Farah mengalihkan pandangannya pada Mokis, seekor kucing Siam yang kini makin bulat badannya, sedang tidur dengan nyenyak di satu sudut ruang tamu. Mokis sebenarnya milik abang Farah, Faris, sebagai ganjaran memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujiannya. Semenjak Faris melanjutkan pelajaran ke universiti, Mokis dipertanggungjawabkan kepada Farah untuk menjaganya.
Farah mula mengatur langkah untuk kembali ke bilik tidur, Mokis terjaga dari tidur seperti tahu hendak dibawa keluar bersiar-siar. Mokis segera berlari ke arah Farah, melibas-libas ekor serta bermanja mengelilingi kaki Farah meminta untuk dibawa keluar. Melihat gelagat manja Mokis, dengan senang hati Farah bertanya pada kucing montel itu, “Nak keluar bersiar-siar ke, Kiss? Kamu ni memang nakal.” Gelagat si kucing yang aktif itu dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dianggap sebagai petanda untuk membawa keluar, maka Farah pun pergi mengambil rantai kolar Mokis di stor.
Setelah selesai memasangkan kolar Mokis, Farah bergerak menghala ke pintu diikuti oleh Mokis yang tidak sabar untuk keluar bermain. “Saya keluar dulu Ma!” Farah memaklumkan pada ibunya yang sedang sibuk di dapur dan menutup pintu rumahnya dengan pantas sebelum ibunya sempat membalas responnya.
Setelah berjalan dan berlegar beberapa blok dari rumahnya, Mokis mula berasa letih dan langkahnya semakin longlai. Melihat keadaan Mokis, Farah mengambil keputusan untuk berehat sebentar supaya Mokis dapat mengumpul semula tenaga. Farah ligat memandang sekeliling untuk mencari tempat untuk beristirahat dan sebentar sahaja matanya yang tajam terlihat taman permainan yang terletak pada hujung lorong tersebut. Terdapat sepasang buaian dan beberapa buah bangku yang tersedia di taman tersebut dan Farah terus membawa Mokis ke arah taman itu untuk berehat seketika.
Mokis yang kini keletihan, tercunggap-cunggap mengejar langkah tuannya serta bergerak ke arah taman tersebut sehingga sampai di salah sebuah bangku yang terdekat. Sampai di situ, Mokis berbaring di atas rumput untuk berehat dan tidak mengendahkan Farah yang berada disisinya, serta merta matanya dipejamkan bersedia untuk tidur semula.
Ketika dia duduk di atas bangku tersebut, kedengaran bunyi bekeriut yang lembut terkepit pada poket belakang seluarnya. Baru Farah teringat, terdapat sepucuk surat di dalam poketnya sebelum keluar. Memandangkan Mokis masih tiada tanda-tanda untuk bergerak, Farah pun mengeluarkan surat tersebut dan sekilas pandang sudah dapat dikenal pasti siapakah gerangan pengirim surat itu. Pada muka depan sampul surat itu tiada perkataan atau ayat yang tertulis sebaliknya hanya satu ikon wajah yang senyum mengenyit mata menjadi penghias. Dilukis dengan pena biru, ikon itu merupakan satu simbol rahsia peribadi Farah. Simbol ini berkisah seribu kenangan dan merupakan jalinan antara Farah dengan bekas teman lelakinya, Daniel. Mereka telah berjanji untuk menggunakan simbol itu sebagai tanda rahsia antara satu sama lain dan ini merupakan pegangan yang tidak pernah dilupai oleh Farah.
Daniel telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Farah ketika dia diberitahu tentang berita pertukaran ayah Farah untuk bertugas di Shah Alam. Setelah hubungan yang terjalin selama setahun itu akhirnya diputuskan, hati Farah punah-ranah, namun dia faham itu adalah perkara terbaik. Keputusan yang perlu diambil agar masing-masing tidak akan dilukai akibat daripada jarak yang jauh antara satu sama lain. Tidak sanggup untuk Daniel menunggu harapan yang tidak mungkin akan berbuah itu, maka keputusan yang diambil ini masing-masing menerima dengan hati yang ikhlas.
Kini, surat yang dipegang mula dibuka. Hati Farah berdegup kencang apabila dia mula membuka sampul surat tersebut. Tiba-tiba, angin bertiup dengan kencang dan surat di gengaman Farah terlepas dilayangkan oleh angin. Terpegun seketika dengan kekuatan tiupan angin tadi, dengan pantas Farah mengorak langkah untuk mengejar surat yang diterbangkan angin itu.
“Mokis, bangun! Cepat!” Farah mengejutkan Mokis dengan tergesa-gesa.
“Kita kena gerak sekarang, cepat!” gesa Farah lagi, tapi Mokis yang keletihan itu langsung tidak mengendahkan panggilan tuannya, terus melayan tidurnya. Tidak sabar dengan kerenah Mokis, terus Farah mengangkat dan memeluk Mokis kemudian berlari mengejar surat tersebut.
Mata Farah ligat mengikut arah surat tersebut yang sedang melayang disebabkan tiupan angin yang kuat itu, risau ia akan diterbangkan lebih jauh lagi dan hilang selama-lamanya. Akan tetapi apabila matanya menangkap hala tuju tiupan angin tersebut, langkahnya untuk mengejar terhenti. Pandangannya fokus pada arah surat itu diterbangkan kini.
Surat tersebut mendarat di anjung rumah terakhir pada lorong tersebut. Farah mengimbas kembali perasaannya pada kali pertama tiba di kawasan itu, pada saat matanya menangkap bayang rumah tersebut, seluruh badannya bergetar dan tidak selesa. Dikelilingi oleh pohon-pohon yang sudah berusia, dahan-dahan yang panjang dan berbelit-belit melambai-lambai kepada sesiapa yang melalui halaman tersebut. Kawasan laman rumah itu dipenuhi dengan daun-daun kering yang bersepah. Sekitar kawasan rumah itu mendatangkan perasaan yang ngeri kepada Farah.
Farah terpaku memerhati keadaan di hadapan matanya sekarang. Farah terdengar bisikan yang menyeramkan berulang-ulang di sekelilingnya. Rumah itu pula kelihatan agak usang dan akan roboh pada bila-bila masa sahaja. Lapisan zink atap yang tertanggal dari bumbungnya bagai gigi-gigi tajam raksasa yang kejam.
Farah dengan teragak-agak mengumpul segala keberanian yang ada dan mula mengatur langkah ke anjung rumah tersebut untuk mengutip suratnya. Sebaik sahaja jarinya hampir dapat mencapai surat tersebut, satu lagi tiupan angin yang kuat melayangkan surat tersebut dan kini melayang ke dalam rumah itu melalui celah retak di bawah pintu rumah itu.
Jantung Farah kali ini berdegup dengan lebih kencang lagi. Harapannya untuk mendapatkan kembali surat itu bagaikan sudah hancur, dan Farah tidak tahu apa yang harus dilakukannya untuk mengutip semula surat itu. Pelbagai persoalan ligat bermain dalam fikirannya. Patutkah dia mengetuk pintu untuk meminta kebenaran masuk? Apakah dia patut masuk sahaja memandangkan seperti tiada orang yang tinggal di situ? Adakah patut ditinggalkan saja surat itu dan kembali semula ke rumah? Tapi itu surat daripada Daniel, mungkin ada perkara penting yang dia ingin diberitahu. Ataupun adakah perasaan dia yang sebenar tertulis dalam surat itu? Sedang ligat kepala Farah memikirkan jalan penyelesaian, tiba-tiba dia disergah oleh suara seseorang.
“Hei! Apa yang kamu buat disini?” Satu suara yang garau menyergah Farah membuatkann dia terkejut buat kali yang kedua.
Perlahan-lahan Farah beralih pandangan ke belakang untuk menghadap orang yang menyergah itu. Dilihatnya seorang lelaki muda berpakaian jersi bola memandang tajam kearahnya. Pandangan tajam itu menyeramkan lagi keadaan, menyebabkan hati Farah menjadi kecut serta merta. Namun, untuk mendapatkan semula surat tersebut, Farah sekali lagi mencari keberanian untuk menyuarakan suara hatinya.
“Ermm…maaf, adakah ini rumah kamu?” tanya Farah dengan lembut supaya tidak mengundang kemarahan kepada lelaki itu sambil megorak langkah cuba untuk mendekati lelaki tersebut. Dalam jarak yang lebih dekat, Farah dapat melihat lelaki itu berada dalam lingkungan usia yang sebaya dengannya. Matanya bewarna kelabu, berambut hitam gelap dan sedang mengunyah gula-gula getah dengan agresif.
“Tidak,” jawabnya lelaki itu, “tapi saya tahu kamu tidak sepatutnya menjejak kaki masuk ke rumah itu.”
“Kenapa?” lancar mulut Farah bertanya kerana ingin tahu rahsia disebaliknya. “Adakah rumah ini berhantu atau ada sebab-sebab lain?”
“Sebenarnya,” lelaki itu mula menjawab dengan senyuman nakal melintasi bibirnya itu, “ada seorang wanita tua yang tinggal disini, namanya Puan Karimah. Dia berpindah ke sini bersama suami dan anak lelakinya lima tahun yang lalu tetapi dia telah hilang sejak kejadian kebakaran itu.”
“Kebakaran?” Farah menyoal lagi semakin tertarik dengan cerita lelaki itu.
“Ya, kebakaran itu berlaku tahun lepas pada empat haribulan Julai. Ketika itu, Puan Karimah telah pulang ke kampung berseorangan. Terdapat sekumpulan budak nakal bermain mercun di sekitar kawasan ini dan dengan tidak sengaja mercun tersebut terkena percikannya pada rumah Puan Karimah. Rumah ini terbakar bersama dengan suami dan anak lelakinya yang sedang tidur ketika itu,” lelaki itu terus bercerita panjang lebar, “Sepulangnya Puan Karimah melihat rumahnya yang terbakar dan kematian suami serta anaknya itu, dia menjadi gila tidak dapat dikawal. Akhirnya dihantar untuk menerima rawatan di rumah sakit jiwa. Selepas setahun tempoh rawatan itu, Puan Karimah dibenarkan pulang dan ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang melalui laman rumah ini pada waktu tengah malam akan mendengar pelbagai bunyi yang pelik seperti rintihan dan ngerangan pilu.
“Apa yang kamu buat di sini sebenarnya?” tiba-tiba lelaki itu sedar kehendak utamanya adalah untuk bertanyakan kelakuan Farah tadi. Sekali lagi, renungan mata yang tajam dan lirikan senyuman nakal lelaki itu menunggu jawapan Farah bagai mahu menelannya hidup-hidup.
“Emm, saya sebenarnya mencari surat, sewaktu ingin buka dan membacanya, tiba-tiba angin bertiup dengan kuat lalu surat saya melayang dan dengan tidak sengaja masuk bawah celahan retakan pintu rumah ni. Tapi tak apa lah, saya rasa surat itu mungkin tak penting sangat pun, lupakan…” Farah mengatur kata-katanya dengan cermat.
“Tidak, kita mesti masuk dan dapatkan semula surat itu!” lelaki itu berkata. Lirikan senyuman yang nakal itu sekali lagi muncul dibibirnya.
“Cepatlah, mari kita masuk!” dengan pantas lelaki itu menarik tangan Farah untuk bergerak mendekati rumah tersebut.
Sesampainya di hadapan pintu, lelaki itu terus cuba membukanya tetapi dihentikan oleh Farah, “Tunggu! Saya rasa kita perlu ketuk pintu minta izin dahulu,” jantungnya berdegup kencang ketakutan.
“Ah, tak perlulah, kalau dah ketuk tak seronok untuk menceroboh rumah ni,” terus lelaki itu menarik tombol pintu dan menolak buka dengan kuat. Tolakan itu menyebabkan pintu yang sudah usang itu berbunyi dengan kuat dan satu tiupan angin yang mengerikan dirasakan oleh Farah ketika melangkah masuk ke dalam rumah tersebut yang berbau hanyir dan menjijikkan.
Keadaan di dalam rumah itu agak suram dan tidak selesa, namun Farah cuba untuk mengumpul segala keberanian yang ada untuk mengikut lelaki itu masuk dengan harapan mencari semula surat itu. Di dalam rumah yang usang itu, terdapat sekeping gambar potrait yang besar digantungkan di ruang tamu tersebut dan Farah memandang sepintas lalu dalam keadaan yang agak kabur, melihat terdapat tiga orang dalam potrait tersebut. Farah mengagak wanita dalam gambar itu adalah Puan Karimah beserta suami dan anaknya.
“Siapa di situ?” terkejut Farah mendengar suara seorang wanita menyergah dari tingkat atas rumah itu. Kedengaran tapak kasut yang berbunyi menuruni tangga kayu dan dengan cepat mendekati tempat Farah sedang berdiri. Dalam ketakutan, Farah segera berpaling kepada tempat dimana lelaki tadi sedang berdiri, tetapi dilihatnya lelaki itu sudah hilang ghaib.
“Berani kamu menceroboh kawasan saya!” sergah seorang wanita yang kini sudah muncul di depan Farah, berpakaian hitam, kurus dan kelihatan tidak bermaya.
Farah tidak dapat bercakap langsung dan sangat gementar, mengigil ketakutan kerana berasa ngeri melihat wanita yang berada didepannya itu. Tiba-tiba dilihat wanita tua itu melirik senyuman nakal. Senyuman itu meyerupai seseorang dan ketika itu, baru Farah teringat di mana dia pernah melihat senyuman nakal yang sama itu. Itulah senyuman lelaki muda yang membawa dia masuk ke rumah ini. Mata Farah terus memandang kembali ke potrait yang tergantung di ruang tamu itu, dan kali ini dengan lebih jelas imejnya, berdiri disebelah wanita tua itu ialah lelaki muda yang dijumpainya tadi.
Farah semakin cemas dan takut, Mokis yang masih dalam pelukannya itu dipegang erat dan otaknya ligat berfikir bagaimana mahu menyelamatkan diri dan keluar dari rumah yang dasyat dan seram ini. Sedang Farah bergelut dengan segala kemungkinan, dia terpandang sampul surat bewarna krim miliknya itu terselit dibawah celah pintu masuk. Tanpa melengahkan masa lagi, Farah mengumpul segala tenaga dan kekuatan yang ada dengan segera menarik surat yang terselit itu dan berlari sekuat hati kembali ke rumahnya. Semasa dia berjaya melarikan diri keluar dari rumah tersebut, jeritan geram wanita tua itu masih kedengaran begitu dekat dan tanpa menoleh ke belakang Farah terus berlari. Setibanya di rumah, Farah memeluk ibunya lantas menangis dalam pelukan dan akhirnya tertidur dalam esakannya. Selepas kejadian itu, ayah Farah mengambil keputusan untuk kembali ke Kelantan.