* Lelaki yang tidak solat tidak layak dibuat menantu.. Tapi mak bapak zaman sekarang tidak kisah, siap renjis air mawar masa bersanding.. Sepatutnya direnjis air longkang..
* Jangan menganggap kebaikan kita pasti ke syurga.. Jangan menganggap kejahatan orang lain pasti ke neraka.
* Hargailah orang yang sabar dengan kerenah kita, jika kita kehilangannya mustahil orang yang akan datang dapat sabar dengan kerenah kita.
* Sentiasalah kita bersyukur dan bertaubat kepada Allah. Hari ini kita dipanggil dengan nama yang indah, tetapi esok mungkin kita dipanggil jenazah.
* Kadang-kadang kita tidak sedar hanya dengan sepotong ayat mampu buat orang terluka sepanjang masa.
* Berubah kepada baik itu kadang-kadang senang, tetapi untuk mengekalkan diri dalam keadaan baik itu sukar.
* Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
* Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit.
* Dalam seribu kawan mungkin ada seorang sahaja memahami kita, dan ada saat kita susah.
* Muzik yang paling tenang adalah alunan zikir yang memuji Allah.
* Apa gunanya jam tangan mahal jika tidak solat di awal waktu.
* Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita adalah tanah liat.
* Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita adalah kubur.
* Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita adalah kain kapan.
* Jangan bangga dengan kereta besar kerana kenderaan terakhir kita adalah keranda.
* Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita adalah kapur barus.